Saturday, November 13, 2010

PRUBSN UMMAH



















Apa yang anda perlu tahu tentang PruBSN Ummah

Apakah itu PruBSN Ummah?

PruBSN Ummah adalah satu pelan Takaful keluarga yang direka untuk membantu
memenuhi keperluan rohaniah umat Islam selain keperluan duniawi. Pelan ini menyediakan
anda perlindungan dan simpanan, serta manfaat-manfaat yang akan membantu dalam
pencarian rohaniah anda.

Siapakah yang boleh menyertai pelan ini?

Pelan ini adalah untuk mereka yang berumur di antara 19 - 60 tahun pada hari
jadi berikutnya yang mahukan satu pelan yang bukan sahaja memberikan mereka
perlindungan dan simpanan, tetapi juga membantu mereka menunaikan kewajipan yang
dituntut oleh agama.

Apakah itu bonus loyalti dan elaun Haji, dan bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Bonus loyalti adalah manfaat khas untuk anda kerana menjadi pelanggan kami yang
setia. Bonus loyalti anda ditentukan berdasarkan peratus sumbangan anda yang semakin
meningkat sekiranya lebih lama anda berada dalam pelan ini. Anda akan menerima bonus
loyalti anda apabila anda:

• Menunaikan Haji (sebagai Elaun Haji), atau
• Hidup sehingga ke akhir tempoh pelan ini, atau
• Disahkan hilang upaya kekal dan meyeluruh, atau
• Meninggal dunia

Bonus loyalti yang anda terima sebagai Elaun Haji boleh digunakan sama ada sebagai
wang saku setelah anda menerima pengesahan untuk menunaikan Haji, atau ia juga boleh
digunakan untuk memastikan keperluan kewangan orang-orang yang tersayang terjamin
semasa anda menunaikan Haji.

Selain itu, bonus loyalti anda akan terus meningkat walaupun anda telah menggunakannya
sebagai Elaun Haji selagi anda terus membayar sumbangan anda. Bonus loyalti tersebut
akan dibayar tertakluk kepada peristiwa-peristiwa yang dinyatakan di atas.

Bagaimanakah saya mengaturkan Badal Haji?

Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh
sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan menguruskan apa yang perlu supaya Badal
Haji ditunaikan bagi pihak anda. Kami akan membayar RM3,000 kepada penama yang
dilantik oleh anda (sebaiknya waris yang terdekat berumur 18 tahun dan ke atas) atau
kepada Tabung Haji Travel & Services agar mereka dapat menunaikan Badal Haji bagi
pihak anda.